Muslim Blogger United

Khamis, 21 Januari 2010

100 tahun dahulu............

Fasha baru berumur 7 tahun dan dia menceritakan harapannya kepada ibunya




Fasha: "Saya berharap yang saya dilahirkan 100 tahun yang lalu!"



Ibu : ASTARFIRULLAH AL AZIM, kenapa dengan kamu ni Fasha"?"



Fasha: "Kerana pasti ibu tidak akan menyuruh saya yang berumur 100 tahun untuk mengemaskan tempat tidur saya sendiri.."



Ibu : Ish.. kamu ni, kawin nak!! Kemas katil pon malas...



Fasha : Ala mak ni... Fasha nak kawin lambat lagi tau..

lembu vs basikal

Seorang jurujual sedang cuba memujuk seorang petani untuk membeli sebuah basikal yang dijualnya.




Si petani menolak kerana tidak mahu membeli basikal. Akan tetapi jurujual nampaknya tidak mudah menyerah.



Petani: Daripada membeli basikal, lebih baik aku habiskan duitku untuk pelihara lembu.



Jurujual: Ah, tapi cuba pikir pakcik... Pakcik akan kelihatan terlalu bodoh jika pakcik pergi ke pekan dengan menunggang seekor lembu.



Petani: Huhh!! Adakah tidak lebih bodoh jika orang melihatku memerah susu seekor basikal!

Puntianak,Drakula dan Toyol nak makan tomyam

pontianak,pocong dan toyol da x tertahan lg nk pegi kat restoran tomyam pak usup..




pontianak: weh.. aku dgr restoran tomyam yg baru bukak tu kn.. ummphh!!!!

drakula: ye la.. aku pun terliur.. aku rasa da x nk isap darah lg.. aku nk tomyam lak..

toyol:cakap pun x guna la cik pon.. kte tetap x ley gi sana..

pontianak: aku ade idea laa.. kte kn bley tuka rupe.. smlm aku try da de rupe angelina jolie ckit..

drakula: geliga gak otak ko.. ms aku idop rupe aku mmg cam tom cruise..

toyol: prasan'' tp.. aku mane boley.. erm.. cik pon tulun balutkn sy eh..

pontianak: okie.. nk ajak si pocong x?

drakula: xyh la.. yg dier tau lompat2.. x lompat lari bogel.. tu jela(review hantuooo ep lepas2)..

pontianak: tol gak.. okie.. lepas maghrib kte tros tolak..



lepas maghrib.. kat restoran tomyam pak usup.. tom krus(drakula) dtg ngan angelina jolie(pontianak) sambil mendukung bayi(toyol).



pelanggan: wah.. artis datang restoran ni r..

angelina: order please. erm.. i nk tomyam yg plg sedap kat cni..

waiter: okie..(tau ckp mlayu rpenyer)..



50 saat kemudian.



waiter:siap cik..

tom: wah.. cam sedap neh.. biar aku mencekik dlu..



sorg pelanggan nmpk sesuatu...



pelanggan: wah!!! tom cruise de taring panjang!!!



suasana senyap sunyi... drakula pun panic.. dengan spontannyer dier patahkn kedua2 taringnyer..



tom: ii.. ini..cu..cuma.. taring palsu.. sy baru balik dari penggambaran cite jaws tu.. sy r yg jd jaws tu..

pelanggan: (jaws de taring???!!!).. oooOOoOOoo..



keadaan kembali sedia kala..

angelina: tu r ko.. mkn x reti nk cover.. biar aku lak mkn..



pontianak habiskn satu mangkok besa tomyam skali hirup.. akibat x tahan pedas.. air mata pontianak kuar..

air mata darah!! sorg pelanggan nmpk...



pelanggan: wah!! angelina kuar air mata darah!!!



sume pelanggan tkezut.. suasana jd riuh.. pontianak pun mule menggelabah..



angelina: sa..saya.. rindukan mak sy!! da lame x jumpe dia di england..

pelanggan:ooOOoo..(tp nape air mata darah???!!)..



keadaan jd tenang semula.. toyol yg da x tahan kelaparan trus melompat atas meja utk mencekik tomyam..

sorg lg pelanggan nmpk..



pelanggan:wahh!! anak dier kaler ijau!!



sume menjadi panic.. ade separuh yg bangun utk melarikan diri..



angelina: er..anak sy ni baru je balik penggambaran cite incredible hulk ni.. kami juz nk wat surprise kat cni..

pelanggan:oooOOoo.. hebat la lakonan kamu.. kami sume panic td.. haha..



keadaan jd ok balik.. tanpa disedari oleh para hantu-hantuoo, azan isyak pun berkumandang..



pontianak drakula toyol: warRRrrgGGghhHH!!!!!!!!!!!!(terbakar).



semua pelanggan berdiri sambil bertepuk tgn dan bersorak sbb ingatkn tu lakonan dari mereka lg..

Tahukah anda?

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.




2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan



4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa

melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.



5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.



6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.



7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila

diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.



8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.



9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer

daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.



10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.



11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.



12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah ORANG UTAN.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita

akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.



14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku

NAMA Jepun

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI




2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA



3. Yang bisu - KITA TADASUARA



4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE



5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO



6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI



7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA



8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI



9. Yang masih gatal - ICHI BAWA



10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA



11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI

Pengikut