Muslim Blogger United

Ahad, 7 Mac 2010

Kisah Lalat

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah


korang tahu, cukuplah kalian

mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana

kebanyakan rakyat Malaysia ini.

Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu

kurang ajar

betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku,

dah lah tak bagi signal...'

atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway,

nasib baik

ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak

tak tahulah aku...' atau '

Ngko ingat

aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak

ngko dengan dia lagi, aku bagi

kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi

sinonim dengan kehidupan

kaliansehari-hari.



Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca

Domestica atau Lalat Rumah

dari keluarga Diptera iaitu serangga yang

mempunyai dua sayap. Aku adalah

antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di

seluruh dunia. Aku berusia

8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi

dewasa. Aku sudah

menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2

hari, sekolah menengah dalam masa 2

hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah

dalam masa 3 hari. Kelmarin

aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana

Muda Makanan dan Sampah

Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan,

cuma ambil ijazah di tepi tong

sampah sahaja.



Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari

sesedut makanan, aku singgah

sebentar di lorong belakang sebuah bangunan.

Aku nampak seorang perempuan

yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku

singgah sebentar

di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada

sisa-sisa makanan yang ada

sekitar kawasan

itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan

tangannya sambil mulutnya memaki

hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku

dihina sebegitu rupa

seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku

bukan binatang, aku adalah

serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa

penyakit dan virus yang

merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk,

sekurang-kurangnya aku lebih baik dari

dia.



Seberapa ketika kemudian aku melihat dia

dipimpin oleh seorang lelaki masuk

ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor

aku, engkau lebihkotor,

lebih celaka !.

Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan

maki hamun di dalam hati. Aku

terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi

Tuhan ini. Aku sekadar

ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang

dan kamu humban di dalam

tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan

bagi kepada kamu, kamu bazirkan

dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih

hina? Aku tak pernah sia-siakan

sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil

kawan-kawan aku. Kami

berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku

menyapu-nyapu tanganku sebelum

menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan

kalian yang langsung tidak

membasuh tangan.

Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi.

Itulah kerja aku dan itulah

kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong

sampah belakang sebuah

rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku

memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.

Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian.

Sudah rezeki aku.



Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat

khabar. Aku membacanya sebaris

dua dengan mata yang kabur sebab aku

mempunyai mata kumpuan yang mampu

menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.

(aku pandai membaca ketika usia

aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan

lalat). Isi beritanya

memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah,

berita rogol, bunuh,

culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku

terpadam. Dalam

masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua.

Apa yang biasa aku dengar

dalam masyarakat aku

hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan

sadisnya oleh

manusia,kematian lalat yang disembur dengan

Ridsect atau Sheltox,kematian

lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat

terkena renjatan elektrik

pada

perangkap ultra violet. Berita-berita yang

memualkan itu menyebabkan aku

segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada

selera untuk makan. Kalian

memang memualkan aku.

Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian

lebih hina sebenarnya.



Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh

dengan bermacam-macam

tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan

kalian tapi kenapa titik-titik

hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi

aku?.

Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir

kalian, itu dikatakan manis?

Kenapa bila kalian

pening-pening dikatakan sebagai pening-pening

aku? Kenapa aku dijadikan

perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni

bangkai? Sedangkan tahi aku dan

kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi

maklumat penting kepada

Pathologist untuk menganggarkan usia kematian

kalian.



Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang

dipipiskan lada' ?. Eh, itu

burung, ngko jangan

nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau.

Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata

kalian.

Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti

burung. Terbang tinggi menyapu

awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah

Tuhan. Dengan sayap-sayap ini

aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku

cuma mampu hidup selama 40 hari

dan sekiranya aku melangkaui 40 hari

kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke

100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin

kalian

tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku

mampu hidup sehingga 100 hari

dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan

berisiko tinggi. Tidak seperti

kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya

dengan motosikal-motosikal

dan

kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya,

aku masih dipandang hina dan

bodoh.



Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi

semakin panas. Aku perlu mencari

tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran.

Bukan tempat yang terlalu

sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,

aku mampu pengsan selama

berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar

sekiranya aku dipanaskan balik

dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah

tempat yang berhawa dingin, sebuah

pejabat yang cantik. Aku masuk dengan

menumpang seseorang yang membuka

pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku

menjadi sedikit dingin terkena

hembusan pendingin hawa. Aku terpandang

sebuah komputer yang

terbuka dan seseorang sedang mangadapnya

dengan penuh konsentrasi. Aku

singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak

menyedarinya. Terlalu

asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar

pada skrin komputer.



'Ah !, sebuah

Blog dengan nama Life Is A Fairytale...terdapat

sebuah catatan tentang

seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca

cerita pasal lalat? Tak ada

kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia

sedang berpura-pura

berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya

membayar gaji dia untuk membuat

kerja dan bukannya membaca sebuah cerita

tentang entah apa-apa..' bisik hati

kecil aku.



Manusia, manusia...

Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih

lagi membaca catatan tentang

seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang

ending cerita lalat.

Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.

Entahlah....

...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.



Epilog.



Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air

Nescafe tarik aku pada usia 10

hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke

100 harinya. Mungkin itu

sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga

100 hari mungkin dia sudah

menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya

fikirnya yang tinggi, dia

mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh

dunia dan menyerang manusia.



He he he. Jangan marah lalat.

(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia

yang membaca cerita ini akan

memandang ke belakang kerusinya dan mencari

kot-kot ada lalat...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut