Muslim Blogger United

Sabtu, 11 Disember 2010

Hampeh betul!!

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta


dgn seorang anak jutawan

di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan

ini ditolak kerana

kawan aku ini seorang salesman kereta.



Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri.

Selepas berjaya

melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan

kehilangan anak

perempuan

kesayangan dan telah membuat laporan polis dan

juga telah membuat iklan

di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan

menerima teman lelakinya itu

jika dia balik ke rumah.



Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke

rumahnya di bukit

antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun

menerima lelaki ini

dengan seadanya.



Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk

berkahwin dan persiapan utk

majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak

dijadikkan cerita, Semasa

Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point,

dia kena langgar

kereta di hadapan perempuan tersebut dan

keesokan harinya lelaki itu

pun

dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan

perempuan tersebut kerana

tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu

hendak berkahwin dgn

lelaki kesayangannya.



Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat

mimpi, Seorang nenek tua

meminta utk membersihkan percikan darah di baju

pengantin perempuan

itu,

kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku.

Tapi, ibu perempuan

tersebut tidak mengendahkannya.



Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula

menerima mimpi yang sama

iaitu seorang nenek tua meminta utk

membersihkan percikan darah di baju

pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang

akan buruk akan

berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut

jugak tidak

megendahkannya.



Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima

mimpi yang sama seperti

ayah

dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada

kedua ibu dan ayahnya.

Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi

membasuh baju itu dan

macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap

ada...



Malam keempat, dia mendapat mimpi yang

serupa.. Seorang nenek tua

menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika

tidak, malang akan

menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus

menyental baju tersebut

sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi,

darah itu tetap

adaa...



Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila

pintu belakang

rumahnya

di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut

dan perempuan itu pun

pengsan..



Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu

pun menguhurkan

benda

yang berwarna biru...

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa

ini...?"



Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan

kotoran akan hilang...

err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak

yang besar, beli kat

kedai.....


Maka tertipulah korang sume dengan cerita aku ni...hehehe

1 ulasan:

Pengikut