Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul najis yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul najis. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat najis tersebut, lalu dia berkata, "Bentuk macam najis." Lepas tu dia pegang pulak najis tu, lalu dia berkata, "Lembik...macam najis."
Lepas tu dicuit sikit najis tu lalu dia hidu, lepas tu dia berkata, "Bau busuk sebijik macam najis."
Oleh kerana Pak Pandir ni masih ragu-ragu dengan najis tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit najis tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat najis berkenaan dia pun menjerit... "MEMANG NAJIS! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"



Tiada ulasan:
Catat Ulasan